Monday, May 6, 2019

BAB 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


RUMUSAN
Sekolah merupakan salah satu tempat untuk mendidik anak-anak dengan maksud untuk memberikan ilmu supaya mereka menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan, tidak kira sama ada ibu bapa, guru, sekolah mahupun masyarakat. Hal ini penting, dalam memupuk atau membentuk sahsiah, akhlak dan akademik pelajar. Persekitaran sekolah juga penting dalam merangsang minat pelajar untuk datang ke sekolah serta untuk pelajar dapat belajar dengan suasana yang selesa dan harmoni.




BAB 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


RUMUSAN
Semua pelajar berhak mendapat layanan yang samarata dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk pelajar dengan keperluan khas agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna membolehkan mereka menjadi seorang insan yang berdikari, berjaya dalam kehidupan dan memberi sumbang bakti kepada masyarakat dan negara. Guru sewajarnya mengambil berat tentang pelajar istimewa supaya mereka rasa lebih dihargai dan tidak ketinggalan. Persepsi negatif tentang mereka perlu disangkal dari awal kerana sudah ramai dari kalangan pelajar istimewa melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi malah mengharumkan nama negara.






BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


RUMUSAN
Pengurusan budaya sekolah perlu dititikberatkan bagi menjamin kemakmuran pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, perlu mengekalkan perpaduan antara kaum sejak dibangku sekolah lagi. Kerjasama daripada pelbagai pihak sangat penting bagi menjayakan matlamat sekolah dan negara seperti pelajar melayu membantu pelajar cina dengan menyediakan kelengkapan untuk menjalankan sesuatu aktiviti bersama-sama tanpa ada perselisihan faham, bukan itu sahaja guru perlu memainkan peranan dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan sama rata serta tidak memilih kasih kerana tugas seorang guru adalah perlu memimpin pelajar dengan adil disamping mendidik mereka dengan nilai moral bersepadu.